Selasa, 25 Februari 2014

SEJARAH MODEN PRA-MERDEKA


Sang Saka Malaya (Bendera Raayat)

GARIS MASA:

1900 - Penubuhan Persekutuan Islam Singapura, sebuah persatuan Islam.

1906 - Golongan intelek (pemikir) agama berpendidikan Timur Tengah yang dikenali sebagai 'Kaum Muda' muncul sebagai gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

1910, 27 November - Ibrahim bin Haji Yaacob (IBHY/Iskandar Kamel Agastya) lahir di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang.
Ibrahim Yaacob

1920 - Penjajah British menghentikan polisi kemasukan pendatang asing sebagai tenaga buruh secara besar-besaran ke semenanjung Tanah Melayu (Malay peninsula) yang dimulakan secara rasmi semenjak tahun 1850.

1924, 3 Mac - Pergerakan kebangsaan Turki yang diketuai oleh Mustafa Kemal Atatürk membubarkan Empayar Khalifah Uthmaniyyah.

1926 - Sebuah persatuan berasaskan politik iaitu Kelab Melayu Singapura (Kesatuan Melayu Singapura/Singapore United Malay National Organization/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura) diasaskan oleh Muhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir, dan Embok Suloh.

1927, 27 Mac - Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG/Penang Malay Association) ditubuhkan di Jalan Hatin, Pulau Pinang.

1927 - Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi berjaya menyiapkan kamus Arab-Melayu, 'Kamus al-Marbawi'.
Syeikh Idris al-Marbawi

1929 - Ibrahim Yaacob bersama rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang dinamakan Ikatan Semenanjung-Borneo bagi memperjuangkan gagasan 'Melayu Raya' (Malaysia Irredenta).

1930, 30 April - Partai Komunis Malaya (PKM) dirasmikan penubuhannya oleh wakil Comintern (Communist International) iaitu Ho Chi Minh di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.

1931 - Ibrahim Yaacob selesai menerima latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College for Malay Teachers), Tanjung Malim, Perak yang turut melahirkan tenaga pengajar seperti Pendeta Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad), Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil, dan Abdul Rahman Muhyidin.
Pendeta Za'ba

1934 - Penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang dipimpin oleh Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi, dan Hamidun bin Mohd. Hashim.

1936 - Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin mengarang kitab 'Natijatul 'Umur', pendapatan kira-kira pada taqwim tarikh hijri dan miladi (masihi), hala qiblat dan waktu sembahyang yang boleh digunakan selama hidup.
Sheikh Tahir Jalaluddin

1937 - Persatuan Melayu Perak yang dipimpin oleh Wan Mohd. Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kassim ditubuhkan di Ipoh.

1938 - Ibrahim Yaacob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur dengan Sutan Djenain (pelarian politik Parti Komunis Indonesia), Onan Haji Siraj, Haji Othman AbdullahHassan Manan, Abdul Karim Rashid, dan Mohd Isa Mahmud sama-sama berpegang kepada konsep 'Indonesia Raya' (Panji Melayu Raya) serta dikenali sebagai gerakan berhaluan kiri (anti-British dan anti-feudalisme).

1939 - Surat khabar dalam Bahasa Melayu tulisan jawi iaitu Utusan Melayu (kini Utusan Malaysia) mula diasaskan oleh Yusof Ishak.
Yusof Ishak
(gambar: tospitaki.info)

1939, Ogos - KMM dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain mengadakan Kongres Melayu yang pertama di Kuala Lumpur.

1940 - Kongres Melayu yang kedua diadakan di Singapura.

1941 - Ibrahim Yaacob dan ramai pemimpin KMM ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British.

1941, 8 Disember - Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu (Malaya) bermula. Slogan 'Asia untuk Orang Asia' juga digunakan bagi mengambil hati orang tempatan manakala para pemimpin KMM yang telah dipenjara oleh penjajah British dibebaskan oleh penjajah yang baru pula iaitu Jepun.

1941, 18 Disember - Tentera British mengetepikan permusuhan dan mula bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party/Malayan Peoples' Anti-Japanese Army/Bintang Tiga) untuk menentang kemaraan tentera Jepun di Malaya.

1942, Januari - KMM (menurut Mustapha Hussain yang mengagumi Mustafa Kemal Atatürk dan Mohandas Karamchand Gandhi, KMM adalah Kesatuan Malaya Merdeka) dibubarkan oleh pihak berkuasa Jepun dan digantikan dengan Pembela Tanah Ayer (PETA/Malai Giyu Gun) sebagai kumpulan militia yang menjadi sayap tentera Jepun.
Mustapha Hussain

1942, 14 Februari - Leftenan Adnan bin Saidi dan askar-askar Rejimen Melayu terkorban selepas berjuang habis-habisan dalam Pertempuran Bukit Chandu menentang tentera Jepun di Pasir Panjang, Singapura (yang diberi nama Shonanto oleh Jepun).
Lt. Adnan Saidi

1944 - Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SEBERKAS) yang dipimpin oleh Mohd Khir Johari, Senu Abd Rahman, dan Kasim Muar turut menerima sokongan daripada pemimpin Silat Selendang Delima iaitu Pak Ngah Haji Omar (Haji Omar bin Salleh) di Kedah.
Pak Ngah Haji Omar

1945, Julai - Kumpulan pejuang 'Selempang Merah' yang diketuai oleh Kiai Salleh (Mohd Salleh bin Abdul Karim) bangkit menentang kekejaman pengganas komunis di Johor.
Kiai Salleh

1945, Julai - Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS/Kekuatan Rakyat Indonesia Istimewa) menjadi gerakan yang didokong oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin al-Helmy bin Mohd Noor atas nasihat Kusno Sosrodihardjo (Sukarno) dan Mohammad Hatta.
Dr. Burhanuddin al-Helmy

1945, 13 Ogos - Pertemuan yang melibatkan Leftenan Kolonel Ibrahim Yaacob, Sukarno, Mohammad Hatta, dan Dr. Radjiman di Taiping, Perak.

1945, 15 Ogos - Empayar Jepun menyerah kalah di dalam Perang Dunia Kedua.

1945, 17 Ogos - Pengisytiharan kemerdekaan negara Indonesia daripada penjajahan Belanda tanpa penyertaan Malaya.

1945, 12 September - Penjajah British kembali ke Tanah Melayu dengan pembentukan British Military Administration (BMA).

1945, 17 Oktober - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM/Parti Nasionalis Melayu/MNP) ditubuhkan di Ipoh, Perak dengan barisan kepimpinan seperti Ahmad Boestamam (Abdullah Thani bin Raja Kechil), Burhanuddin al-Helmy, Dahari Ali, dan Arshad Ashaari.

1945, 24 Oktober - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations/UN) ditubuhkan bagi menggantikan Liga Bangsa-bangsa (League of Nations) yang gagal berfungsi.

1946 - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA/Tiga Line) didakwa merupakan kesinambungan daripada penubuhan Tentera Sabilullah (kemudiannya Angkatan Sabilullah), sebuah pergerakan bawah tanah sebilangan orang Melayu.

1946, 3 Januari - Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan.

1946, Februari - Hamid Mydin dari Pulau Pinang mencipta permainan 'sepak raga jaring' yang berasaskan permainan tradisional Melayu iaitu sepak raga. Kini, sukan ini dikenali dengan nama sepak takraw. [rujukan: http://infotakraw.com/]
Hamid Mydin

1946, 17 Februari - Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim, dan Bakar Thareek menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API) di Ipoh, Perak.
Ahmad Boestamam

1946, Februari - Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dipimpin oleh Aishah Ghani di samping Shamsiah Fakeh dan Sakinah Junid.
Shamsiah Fakeh

1946, 1 Mac - Perhimpunan yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman iaitu Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Rancangan awal dan yang paling mendesak bagi kongres ini ialah untuk memulihkan kembali kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai golongan bumiputera.

1946, 3 Mac - Pembunuhan beramai-ramai terhadap para sultan, kerabat diraja, bangsawan, serta orang Melayu di Sumatera Timur akibat hasutan Partai Komunis Indonesia (PKI/Barisan Merah) yang didalangi oleh Karim Marah Sutan dan Luat Siregar kepada para pekerja ladang. Di samping itu, Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), dan Hizbullah turut terlibat sama. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa hitam ini terjadi apabila terdapat persengketaan antara etnik Melayu Sumatera, Batak Karo, dan Simalungun dengan buruh-buruh Jawa, Madura, Sunda dan lain-lain imigran, manakala ada pula yang cuba menyembunyikan fakta, kononnya dengan mengatakan berlaku 'Revolusi Sosial' rakyat bangun menentang pemerintahan beraja.

1946, 6 Mac - 57 lelaki serta wanita yang baru pulang solat Subuh dari masjid di Kampung Bekor, Perak dibunuh secara kejam oleh para penyokong komunis. 24 kanak-kanak turut dibunuh sewaktu masih tidur di rumah manakala 15 lelaki, 7 wanita dan 8 kanak-kanak telah hilang.

1946, 1 April - Malayan Union yang ditubuhkan oleh pihak British hasil gabungan antara Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Bersekutu, dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu termasuk Johor mendapat tentangan daripada orang-orang Melayu.

1946, 11 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/United Malays National Organisation/UMNO) ditubuhkan dan diketuai oleh Dato' Sir Onn bin Ja'afar yang berhaluan kanan (pro-British).
Dato' Onn Ja'afar

1946, Oktober - Mokhtaruddin Lasso (Mochtaruddin Lasso) yang dipengaruhi ideologi komunis dilantik sebagai Presiden PKMM yang pertama.
Mokhtaruddin Lasso

1946, 6 November - Rusuhan kaum yang tercetus akibat daripada peristiwa amuk di Padang Lebar berdekatan Pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan.

1946, 14 Disember - Tan Cheng Lock menubuhkan Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) di Singapura.

1947 - Mohamed Hamzah, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru memasuki pertandingan mencipta bendera Tanah Melayu.
Mohamed Hamzah

1947, 22 Februari - Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) yang diketuai oleh Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) adalah gabungan PKMM, API, AWAS, Gerakan Angkatan Muda (GERAM, dipimpin oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail), Barisan Tani SeMalaya (BATAS, dipimpin oleh Musa Ahmad), dan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA).
Pak Sako

1947, 23 Mac - Sebuah organisasi ekonomi orang Melayu iaitu Pusat Perekonomian Melayu SeMalaya (PEPERMAS) dibentuk dalam kongres yang dianjurkan oleh MATA di Maahad el-Ehya Assharif (Ma'ahad al-Ihya al-Syarif), Gunung Semanggol, Perak.

1947, 17 Julai - API diwartakan sebagai haram oleh penjajah British.

1947, Ogos - Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) yang ditubuhkan pada tahun 1946 menukar nama kepada All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA/Barisan Bertindak SeMalaya) hasil gabungan pertubuhan-pertubuhan seperti Pan-Malaya Federation of Trade UnionNew Democratic Youth LeagueMalayan Democratic UnionEx-MPAJA Comrades AssociationWomen Federation, dan Malayan Indian Congress dengan Tan Cheng Lock sebagai pemimpin utama.

1947, 21 September - Apabila AMCJA dan PUTERA bergabung, AMCJA-PUTERA telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat (The People's Constitution) sebagai alternatif kepada Perlembagaan Persekutuan.

1947, 20 Oktober - AMCJA-PUTERA menganjurkan mogok secara besar-besaran di seluruh negara (All Malaya Hartal).

1947, 15 November - Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) dibentuk dalam satu persidangan yang diadakan di Ma'ahad al-Ihya al-Syarif dengan Ustaz Abd Rabb al-Tamimi dilantik sebagai pengelola.

1947, 4 Disember - Anak kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan yang telah mengasaskan Malay National Bank (Bank Kebangsaan Melayu) iaitu Maarof Zakaria diculik dan dijumpai mati dibunuh tiga hari kemudian. Beliau merupakan bapa kepada pelakon terkemuka, Datuk Mustapha Maarof.
Maarof Zakaria

1948, 31 Januari - Malayan Union berjaya ditumbangkan untuk digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi laluan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Perlembagaan Rakyat langsung tidak diendahkan oleh pihak British.

1948 - Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (Malayan National Liberation Army/MRLA) memulakan pemberontakan ke atas tentera British dan gabungan Komanwel. Chin Peng (Ong Boon Hua) beserta Abdullah CD (Cik Dat bin Anjang Abdullah) merupakan dua pemimpin yang utama selain daripada Rashid Maidin, Pak Sibar (Abu Samah Mohd Kassim), Suriani Abdullah (Eng Ming Ching), R.G. Balan, dan Wu Tien Wang.
Abdullah CD

1948, 17 Mac - Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Abu Bakar bin Mohd Said) menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM/Parti Orang Muslimin Malaya) atau sebelum ini dikenali sebagai MATA di Gunung Semanggol, Perak dan turut disokong oleh Syeikh Abdullah Fahim (Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I).
Ustaz Abu Bakar al-Baqir

1948 - Suatu gerakan timbul di Kelantan iaitu Persekutuan al-Jubahah yang dianggotai sekumpulan kecil guru agama serta diketuai oleh Haji Mokhtar Haji Muhammad (seorang kadi di Kota Bharu) di samping orang kanannya, Nik Muhammad Adeeb.

1948, 18 Jun - PUTERA dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan diharamkan oleh pentadbiran tentera British di Malaya atas perintah darurat.

1950 - PKMM diharamkan oleh pihak British, di samping dituduh sebagai golongan radikal.

1950, 23 Februari - Peristiwa berdarah terjadi di Rumah Pasung (balai polis) Bukit Kepong, Muar, Johor apabila diserang oleh gerila komunis atas arahan Mat Indera (Muhammad Indera).

1950, 12 Disember - Berlakunya 'Tragedi Natrah' di Singapura. Melibatkan nama-nama seperti Che Aminah Mohamad, Prof. Dr. Ahmad Ibrahim, Mansor Adabi, Dr. Burhanuddin Helmy, Mohd Taha Kalu, Darus Sheriff, Mohammed Murtazza, Syed Ali al-Attas, M.A. Majid, Tun Sardon Jubir, dan Karim Ghani (Presiden Liga Islam dan juga Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya) apabila Nadra Maarof (atau nama Belanda, Bertha Hertogh/Maria Huberdina Hertogh) yang hidup dalam suasana dan pendidikan Islam dibawa ke perbicaraan mahkamah dalam kes perebutan hak penjagaan.

1951, 16 April - Buku hasil tulisan Ibrahim Yaacob yang bertajuk 'Nusa dan Bangsa Melayu' diterbitkan.

1951, 16 September - Selepas Dato' Onn Ja'afar keluar daripada UMNO, beliau mengasaskan pula Parti Malaya Merdeka (IMP/Independence for Malaya Party).

1951, 6 Oktober - Pesuruhjaya tinggi British, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serangan hendap di Bukit Fraser, Pahang semasa darurat.

1951, 24 November - Haji Ahmad Fuad Hassan menjadi Yang DiPertua Persatuan Islam Sa-Malaya (PAS/Pan-Malayan Islamic Party/Parti Islam Se-Malaysia) yang pertama.
Ahmad Fuad Hassan

1952 - Sharifah Aishah Alsagoff mengasaskan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS/Young Women Muslim Association of Singapore) bersama-sama Khatijun Siraj, Taj Namazie, dan Fatimah Chik.

1953, 23 September - Haji Ahmad Fuad Hassan keluar daripada Persatuan Islam Sa-Malaya untuk menyertai Dato' Onn Ja'afar dalam Parti Malaya Merdeka sebelum terbentuknya Parti Negara.

1954, Oktober - Khatijah Sidek (Che Khadijah Mohd Sidik) dilantik untuk mengetuai Kaum Ibu (kelak menjadi Pergerakan Wanita UMNO) setelah menewaskan pencabar terdekatnya Ibu Zain (Zainon Munshi Sulaiman).

1955, 27 Julai - Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan adalah satu-satunya pilihan raya umum yang diadakan sebelum mencapai kemerdekaan.

1955, November - Pertemuan antara Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Presiden Sukarno, dan Ibrahim Yaacob di Jakarta, Indonesia gagal mencapai persepakatan.
Tunku Abdul Rahman

1955, 29 Disember - 'Rundingan Baling' yang diadakan selama 2 hari ditamatkan apabila Parti Komunis Malaya (PKM) yang diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin, dan Chen Tien (suami Lee Meng) menolak tawaran perdamaian.

1956, 28 Januari - Tayangan filem Melayu pertama berwarna iaitu 'Hang Tuah' lakonan P. Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh), Sa'adiah, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Daeng Idris, Nordin Ahmad, S. Shamsudin, Aziz Sattar, dan Zaiton Abdullah.

1956, 20 Februari - Pengumuman tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Pahlawan (Dataran Pahlawan), Bandar Hilir, Melaka.

1957, 31 Ogos - Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur setelah mendapat persetujuan kerajaan kolonial British dengan syarat keanggotaan ke dalam Negara-negara Komanwel (Commonwealth of Nations).



Keadaan ekonomi Tanah Melayu (pada masa dahulu secara umum)
- timah, getah
  • Orang Asli: pemburu, penternak - hutan, pedalaman
  • Melayu: petani, nelayan - kampung, persisiran
  • Cina: pelombong bijih timah, peniaga - bandar, pekan
  • India: penoreh getah, buruh kasar - ladang, estet


Keadaan ekonomi Malaysia (pada masa kini secara umum)
- petroleum, kelapa sawit
  • Bumiputera: penjawat awam, pekerja kilang
  • Cina: akauntan, jurutera
  • India: peguam, doktor
  • Indon, Bangla, dan lain-lain: orang gaji, pendatang asing tanpa izin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan