Namun begitu, Sekolah Melayu dan Sekolah Arab asalnya satu sahaja tetapi telah dipecahkan semasa kedatangan penjajah British. Kedua-dua jenis sekolah tersebut ditubuhkan di samping Sekolah Inggeris bagi merosakkan sistem pendidikan yang asal iaitu Sekolah Pondok (surau dan madrasah). Lihatlah betapa liciknya helah British apabila secara halus berjaya mengasingkan pendidikan agama daripada urusan dunia setelah Sekolah Pondok sengaja dianaktirikan, dipinggirkan, dan dikurangkan pengaruhnya. Di sinilah bermulanya anasir sekular mula meresap ke dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya dilahirkan sebagai penganut Islam. Fahaman sekular bukan sahaja memisahkan orang awam dengan ilmuwan agama tetapi juga turut memisahkan ilmuwan agama dengan orang awam secara sistematik. Lebih sadis lagi, benih-benih atau bibit-bibit pemikiran sekular sudah pun ditabur sejak dari awal usia lagi. Seolah-olah mereka (penjajah British) lebih faham pepatah Melayu, 'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya'. Hasilnya, orang-orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya gagal memahami erti sebenar ajaran tauhid (syariat Islam) yang syumul (lengkap) dan seterusnya gagal pula untuk mengambil satu cara hidup (ad-Din) secara kaffah (menyeluruh).
Madrasah An Nahdhoh, sekolah pondok moden yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Ustaz Haji Abdul Mutalib Maarof di Kampung Petani (dahulu Kampung Patani), Bukit Mertajam, Pulau Pinang |
Pusat Pendidikan Al Barakah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak diasaskan pada tahun 2004 oleh seorang pendakwah bebas yang juga personaliti televisyen, Datuk Ustaz Kazim Elias |
Apa yang lebih menyayatkan hati adalah apabila sejarah pendidikan dan pengajian Islam yang sebenar telah sengaja dipadamkan sehingga hilang ditelan zaman begitu sahaja. Walau bagaimanapun, jika usaha untuk mengkaji dengan lebih mendalam dapat dilakukan, inshaaAllah sejarah tersebut akan terbongkar kembali dan tidak dapat dinafikan lagi kewujudannya. Sebenarnya, pencarian asal-usul atau sejarah sekolah pondok menjadi sukar dan rumit kerana bukti-bukti sejarah tidak lagi berada di dalam satu sempadan. Bukti-bukti tersebut mulai terpisah apabila Alam Melayu telah dipecah-belahkan oleh para penjajah. Oleh itu, ramai yang tidak sedar bahawa pondok-pondok yang hebat seperti Dala, Bermin, Semela, Dual, dan Teluk Manak di Pattani (kini dalam sempadan Thailand) menyimpan banyak khazanah bangsa. Ulama-ulama Pattani yang sangat berjasa seperti Sheikh Wan Muhammad Arifin Shah (Tok Kelumpong), Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni, dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni antara lain pula telah menulis begitu banyak kitab agama samada dalam Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Arab. Sedar atau tidak sedar, kitab-kitab tersebut sebenarnya adalah peninggalan yang amat berharga bagi warisan turun-temurun bangsa Melayu.
Walaupun tidaklah sehebat institusi-institusi seperti al-Karaouine (Maghribi), al-Azhar (Mesir), ez-Zitouna (Tunisia), dan Darul Uloom (India), berikut adalah kronologi penubuhan sekolah-sekolah di Malaysia (termasuk Singapura) yang boleh diuar-uarkan:
1300an - pendidikan ugama diadakan di istana raja, masjid, rumah-rumah, serta surau
1548 - Saint Paul's College, Melaka (dibina oleh St. Francis Xavier bagi menyebarkan dakyahnya pada zaman penjajahan Portugis)
1700an - Pondok Tok Ku Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu (diasaskan oleh Sharif Abdul Malik ibn Sharif Abdullah di Kampung Pulau Manis tetapi dipindahkan oleh anak cucunya ke beberapa tempat, tempat yang terakhir adalah di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu yang ditutup pada tahun 1969)
1806 - Pondok Kampung Malau, Kubang Pasu, Kedah (dibuka oleh Haji Wan Ishak bin Wan Muhammad Hashim bin Wan Abdul Baqi tetapi dihentikan selepas beliau dilantik menjadi mufti Kubang Pasu Darul Qiam semasa zaman Tunku Anum)
1816 - Penang Free School, Georgetown, Pulau Pinang (diasaskan oleh Reverend Robert Sparke Hutchings dan Sekolah Inggeris yang pertama)
1818 - Anglo-Chinese College, Melaka (dipindahkan ke Hong Kong pada tahun 1843 dan kini dikenali sebagai Ying Wa College)
1820 - Pondok Pulai Chondong, Kelantan (diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah)
1826 - Sekolah Melayu Sungai Gelugor, Kampung Sungai Gelugor, Pulau Pinang (Sekolah Melayu yang pertama dan kini menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor)
1826 - Malacca High School, Melaka (dahulu Malacca Free School)
1845 - Pondok Pulau Pisang, Kubang Pasu, Kedah (juga dibuka oleh Haji Wan Ishak bin Wan Muhammad Hashim)
1852 - The Convent of the Holy Infant Jesus, Georgetown, Pulau Pinang (lebih dikenali sebagai Convent Light Street School)
1852 - Saint Xavier's Institution, Georgetown, Pulau Pinang
1855 - Sekolah Melayu Bayan Lepas, Bayan Lepas, Pulau Pinang
1875 - Pondok Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Minal/Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani)
1875 - Pondok Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Samad)
1880 - Pondok Bagan Belat, Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Muhammad Taha)
1880 - Pondok Sungai Derhaka, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Fakih Daim)
1884 - Saint George's Girls' School, Georgetown, Pulau Pinang
1885 - Pondok Tok Sheikh Acheh, Permatang Janggus, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Ibrahim Aceh)
1890 - Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad)
1893 - Anglo Chinese School, Klang, Selangor
1893 - Victoria Institution, Kuala Lumpur
1897 - Sekolah Melayu Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (kini Sekolah Kebangsaan Seri Penanti)
1900 - Maktab Melayu Melaka, Bandar Hilir, Melaka
1900 - Pondok Tok Bachok, Bachok, Kelantan
1900 - Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan
1905 - Maktab Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak
1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh Al Masri)
1907 - Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat, Kelantan
1908 - Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, Selegie Road, Singapura (diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
1908 - Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (kini Kolej Sultan Abdul Hamid)
1908 - Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat, Kelantan
1910 - Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan (didirikan oleh Haji Muhammad Yusof bin Ahmad)
1912 - Pondok Tok Selehor, Tumpat, Kelantan (diasaskan oleh Tok Selehong atau nama penuhnya Haji Abdul Rahman bin Uthman)
1917 - Madrasah al-Hadi, Kampung Banda Kaba, Melaka (turut diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
1917 - Madrasah Muhammadiyah, Kota Bharu, Kelantan
1918 - Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak (juga dikenali sebagai Madrasah Al-Ehya Asshariff)
1919 - Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah, Pulau Pinang (juga diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
1920 - Pondok Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Haji Mahmud Taib)
1922 - Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris)
1922 - Madrasah Idrisiah, Perak
1924 - Madrasah Al-Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak
1924 - Madrasah Daeratul Maarif Al Wathaniyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim)
1926 - Madrasah Alawiyah, Arau, Perlis
1931 - Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah, Kelantan (juga dikenali sebagai Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Che Wan)
1932 - Pondok Manabil Al Ulum Penanti, Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani)
1934 - Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah dan diasaskan oleh Tuan Haji Hussain bin Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari)
1936 - Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah
1947 - Maktab Perempuan Melayu, Seremban, Negeri Sembilan (yang lebih dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah)
1954 - Madrasah Diniah Bakriah, Kelantan (juga dikenali sebagai Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh)
1957 - Madrasah Al-Abideen, Bukit Cina, Melaka
Kredit:
Dahalan Fazil, Khairul Mukmineen, Muhammad Shafiq Kadir, Sharif Shamsuddin, Ahmad Mahir Danial
Bacaan tambahan:
https://my.news.yahoo.com/bukan-melayu-enggan-dukung-identiti-melayu-kata-ahli-042229179.html
The Malaysian Insider – Mon, Oct 6, 2014
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kaum Baba dan Nyonya sudah membuktikan yang walaupun mereka identifikasi diri mereka dengan budaya Melayu, identiti asal mereka tetap terpelihara.
"Inilah bentuk perpaduan sempurna, mereka mendukung identiti Melayu tanpa merasa kehilangan identiti asal mereka," katanya di dalam laporan itu hari ini.
"Namun apa yang berlaku sekarang, kaum bukan Melayu tidak sanggup mendukung identiti Melayu, mereka hanya mahukan identiti mereka sahaja. Bukan tidak boleh. Negara kita dibina atas asas kemajmukan, sebab itu kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran.
"Perlu ada perimbangan, tidak bolehlah hendak mendukung jati diri ektnik mereka sahaja sehingga bahasa kebangsaan pun tidak mahu dipelajari," dia dipetik berkata dalam akhbar milik Umno itu.
Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam menyarankan perwakilan parti itu membahaskan dalam perhimpunan agung tahunan akan datang isu sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu dikekalkan atau dimansuhkan kerana ia didakwa dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan.
Timbalan ketua bahagian, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan itu ialah platform sesuai membahaskan perkara itu dan sama ada pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India perlu ditingkatkan ke tahap 60%.
"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.
"Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.
Teo berkata sistem persekolahan peringkat awal di Malaysia terdedah kepada 7 aliran iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah persendirian Cina yang tidak tertakluk kepada sukatan pelajaran ditetapkan kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan belajar di rumah.
Katanya dengan pelbagai aliran berkenaan akan wujud generasi akan datang yang mempunyai jati diri yang berbeza-beza dan gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.
"Apa erti kerakyatan mereka jika hendak dibandingkan dengan pendatang asing yang baru beberapa bulan menetap di sini tetapi sudah boleh menguasai bahasa Melayu?
"Bila tidak boleh berbahasa Melayu, maka kita rasa ada yang tidak kena sebab mahu atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa ini adalah negara Melayu," tegasnya.
Katanya apabila menyebut tentang perpaduan yang sempurna, semua rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini perlu ada rasa berkongsi dan saling mempercayai.
"Lebih baik lagi, orang-orang bukan asal iaitu bukan Melayu dapat identifikasi diri mereka dengan orang asal iaitu orang Melayu," katanya kepada akhbar itu. – 6 Oktober, 2014.
1900 - Pondok Tok Bachok, Bachok, Kelantan
1900 - Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan
1905 - Maktab Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak
1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh Al Masri)
Tuan Haji Salleh Al Masri, pengasas Madrasah Al Masriyah |
1907 - Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat, Kelantan
1908 - Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, Selegie Road, Singapura (diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
1908 - Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (kini Kolej Sultan Abdul Hamid)
1908 - Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat, Kelantan
1910 - Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan (didirikan oleh Haji Muhammad Yusof bin Ahmad)
Tok Kenali |
1912 - Pondok Tok Selehor, Tumpat, Kelantan (diasaskan oleh Tok Selehong atau nama penuhnya Haji Abdul Rahman bin Uthman)
Tok Selehor |
1917 - Madrasah al-Hadi, Kampung Banda Kaba, Melaka (turut diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi,
pengasas Madrasah al-Hadi dan
Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah
|
1917 - Madrasah Muhammadiyah, Kota Bharu, Kelantan
1918 - Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak (juga dikenali sebagai Madrasah Al-Ehya Asshariff)
1919 - Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah, Pulau Pinang (juga diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi)
Tunku Abdul Rahman melawat Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah |
1920 - Pondok Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Haji Mahmud Taib)
1922 - Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris)
1922 - Madrasah Idrisiah, Perak
1924 - Madrasah Al-Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak
1924 - Madrasah Daeratul Maarif Al Wathaniyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim)
Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim,
pengasas Madrasah Daeratul
Maarif Al Wathaniyyah
|
1926 - Madrasah Alawiyah, Arau, Perlis
1931 - Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah, Kelantan (juga dikenali sebagai Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Che Wan)
1932 - Pondok Manabil Al Ulum Penanti, Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani)
Haji Seman Sering, pengasas Pondok Penanti |
1934 - Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah dan diasaskan oleh Tuan Haji Hussain bin Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari)
Tuan Haji Husin Kedah, pengasas Pondok Pokok Sena |
1936 - Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah
Maktab Mahmud di Alor Setar, Kedah juga dikenali sebagai Al-Maahad Al-Mahmud |
1947 - Maktab Perempuan Melayu, Seremban, Negeri Sembilan (yang lebih dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah)
1954 - Madrasah Diniah Bakriah, Kelantan (juga dikenali sebagai Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh)
1957 - Madrasah Al-Abideen, Bukit Cina, Melaka
Kredit:
Dahalan Fazil, Khairul Mukmineen, Muhammad Shafiq Kadir, Sharif Shamsuddin, Ahmad Mahir Danial
Bacaan tambahan:
https://my.news.yahoo.com/bukan-melayu-enggan-dukung-identiti-melayu-kata-ahli-042229179.html
The Malaysian Insider – Mon, Oct 6, 2014
Konsep yang diamalkan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia
berjaya mewujudkan perpaduan kaum dari segi bahasa dan pendidikan.
Namun, ia masih gagal diterapkan di Malaysia ekoran keengganan kaum
bukan Melayu mendukung identiti Melayu, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong
menurut laporan Utusan Malaysia.Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kaum Baba dan Nyonya sudah membuktikan yang walaupun mereka identifikasi diri mereka dengan budaya Melayu, identiti asal mereka tetap terpelihara.
"Inilah bentuk perpaduan sempurna, mereka mendukung identiti Melayu tanpa merasa kehilangan identiti asal mereka," katanya di dalam laporan itu hari ini.
"Namun apa yang berlaku sekarang, kaum bukan Melayu tidak sanggup mendukung identiti Melayu, mereka hanya mahukan identiti mereka sahaja. Bukan tidak boleh. Negara kita dibina atas asas kemajmukan, sebab itu kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran.
"Perlu ada perimbangan, tidak bolehlah hendak mendukung jati diri ektnik mereka sahaja sehingga bahasa kebangsaan pun tidak mahu dipelajari," dia dipetik berkata dalam akhbar milik Umno itu.
Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam menyarankan perwakilan parti itu membahaskan dalam perhimpunan agung tahunan akan datang isu sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu dikekalkan atau dimansuhkan kerana ia didakwa dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan.
Timbalan ketua bahagian, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan itu ialah platform sesuai membahaskan perkara itu dan sama ada pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India perlu ditingkatkan ke tahap 60%.
"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.
"Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.
Teo berkata sistem persekolahan peringkat awal di Malaysia terdedah kepada 7 aliran iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah persendirian Cina yang tidak tertakluk kepada sukatan pelajaran ditetapkan kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan belajar di rumah.
Katanya dengan pelbagai aliran berkenaan akan wujud generasi akan datang yang mempunyai jati diri yang berbeza-beza dan gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.
"Apa erti kerakyatan mereka jika hendak dibandingkan dengan pendatang asing yang baru beberapa bulan menetap di sini tetapi sudah boleh menguasai bahasa Melayu?
"Bila tidak boleh berbahasa Melayu, maka kita rasa ada yang tidak kena sebab mahu atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa ini adalah negara Melayu," tegasnya.
Katanya apabila menyebut tentang perpaduan yang sempurna, semua rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini perlu ada rasa berkongsi dan saling mempercayai.
"Lebih baik lagi, orang-orang bukan asal iaitu bukan Melayu dapat identifikasi diri mereka dengan orang asal iaitu orang Melayu," katanya kepada akhbar itu. – 6 Oktober, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan