Yang sebenarnya, dan secara umumnya, bertanya sebagai salah satu tindakan (melalui tutur kata) manusia adalah seperti mana tindakan-tindakan yang lain yakni ada baik serta buruknya. Ada masanya bertanya itu sesuai, ada masanya bertanya itu tidak sesuai. Ada perkara yang sesuai ditanya dan ada perkara yang tidak sesuai ditanya. Setakat ini, boleh faham kan? Baiklah. Yang faham, faham. Yang tak faham, sudah. Sekiranya boleh faham, izinkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut.
Tanya adalah seperti berikut.
- "Apa ya kelebihan kalau buat baik?" atau
- "Bagaimana cara yang betul untuk buat baik?".
Berbeza dengan soal, biasanya begini.
- "Kenapa pulak kena buat baik? Apa faedahnya?!" (soalan yang bertalu-talu) atau
- "Nak buat jahat tak boleh ke? Bosan la buat baik..." (buat-buat pandai).
Justeru, secara tak langsung tanya (menyoal) bermakna mahu tahu manakala soal (persoal) bermakna tidak mahu ambil tahu. Mencuba untuk memahami itukan berbeza daripada membuat pertikaian. Malah, maksud asal kepada persoalan yang ditanya adalah bergantung kepada niat, dan niat itu akan terzahir apabila melihat kepada cara (antaranya intonasi suara dan memek muka) pertanyaan tersebut dilontarkan.
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah. Pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki. Kalau hati itu bersih. Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan