Selasa, 28 Mei 2019

BUKAN KITA YANG JAGA ISLAM

Islam, bukan kita yang jaga. Bukan orang Melayu, orang Arab, mahupun mana-mana bangsa. Bukan orang yang jaga tetapi Tuhan jualah yang menjaganya. Apa yang kita kena jaga ialah diri kita, dan juga keluarga kita. Islam sudah pun terpelihara. Kesuciannya tidak boleh disangkal lagi. Sekiranya ada pihak yang cuba menghina Islam, sebenarnya hanya menghina dirinya sendiri. Boleh fahamkan? Kalau masih tidak boleh faham, diulangi sekali lagi. Islam, Allah yang jaga. Jadi, kita bagaimana? Kita pula diberi tanggungjawab. Tanggungjawab apa? Tanggungjawab kita adalah menjaga diri dan keluarga agar Islam sentiasa dekat dengan kita dan bukannya jauh daripada kita. Dengan izin dan kehendakNya, mendekatkan diri kepada Islam akan membuatkan kita turut dijaga Allah subhanahu wa taala. InshaaAllah.

Lukisan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.
(gambar: jewishpress.com)

Apa itu Islam? Islam itu berserah diri kepada Allah. Seorang Muslim tidak sepatutnya menyerahkan dirinya kepada nafsu tidak terkawal, dunia fana, ataupun musuh yang nyata. Berserah dirilah hanya kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Rukun Islam (berkat) ada lima. Yang pertama, mengucap kalimah syahadah. Syahadah itu membezakan antara Islam dengan bukan Islam, Muslim dengan kafir. Sehari ada 24 jam, seminggu ada 7 hari, maka dari awal waktu hingga hujung waktu yakni sepanjang masa adalah bagi membuktikan pengakuan terhadap tauhid. Tauhid bermakna keesaan Tuhan. Allah ada, jadi percayalah kepada Allah, satu-satunya yang patut disembah.

Cakap banyak tidak berguna kalau tidak mengambil al-Quran (hidayat) sebagai panduan, petunjuk kepada kebenaran. Tidak ketinggalan, as-Sunnah (selamat) sebagai teladan. Mudah-mudahan kita serta keluarga kita tergolong sebagai Muslim yang diberi cahaya Iman (rahmat). Aamiin.

  • Rahmat
  • Hidayat
  • Berkat
  • Selamat

Iman, ilmu, amal, dan takwa. Bukan kita yang jaga Islam tetapi dekat dengan Islam itulah yang menjaga kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan